Search This Blog

Saturday, December 8, 2012

Model Karangan


Kamu telah pergi ke pasar malam bersama-sama ibu kamu. Ceritakan suasana di pasar malam itu.

Jam di tangan menunjukkan tepat pukul enam petang. Saya dan ibu kini berada di pasar malam yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman. Para peniaga begitu sibuk menyusun barang-barang jualan mereka.

            Matahari mulai terbenam. Suasana senja kini diterangi cahaya lampu yang dipasang oleh para peniaga. Kedengaran suara peniaga yang riuh-rendah menawarkan barang-barang jualan mereka.

            Orang ramai mulai membanjiri kawasan pasar malam. Kebanyakan pengunjung pasar malam ini terdiri daripada suri rumah, kanak-kanak, orang tua dan sebagainya. Mereka ke sini untuk membeli barang-barang keperluan dapur dan barang keperluan lain.

           Pelbagai barang dijual di pasar malam seperti makanan, minuman, pakaian, sayur-sayuran dan sebagainya. Barang-barang permainan kanak-kanak turut dijual di sini. Beberapa orang kanak-kanak kelihatan sedang menangis kerana tidak mendapat barang yang dikehendaki oleh mereka.

            Ada juga beberapa orang buta mencari rezeki di pasar malam dengan bermain alat-alat muzik. Saya turut menyumbangkan wang sebanyak satu ringgit kepada mereka. Selepas membeli barang-barang keperluan, kami pun ke gerai laksa untuk mengisi perut.

            Pasar malam mulai lengang pada pukul sepuluh malam. Kami sempat membeli sedikit buah dan makanan untuk dibawa pulang.

No comments:

Post a Comment