Kamu telah menyertai aktiviti
perkhemahan di seuah hutan selama dua hari. Tulis catatan tentang perkhemahan
yang kamu sertai itu.
Sabtu, 16 Mei 2009
8.00 pagi: Semua murid berkumpul di dewan
sekolah. Cikgu Hayati telah mengambil
kedatangan kami sebelum berangkat menaiki bas ke destinasi.
10.00 pagi: Sebaik sahaja tiba di kawasan
yang ditetapkan, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kami
ditugaskan memasang khemah, membuat unggun api, mengambil air dan memasak
makanan untuk antapan tengah hari.
12.30 tengah
hari: Kami makan bersama-sama dengan
lauk ikan goreng dan sayur yang dimasak sendiri. Selepas itu, kami pun berehat
di dalam khemah masing-masing.
3.00 petang: Kami menjalani aktiviti meredah kawasan hutan. Kami perlu berhati-hati
kerana terdapat banyak halangan dalam perjalanan tersebut. Aktiviti ini memberi
banyak pengetahuan tentang flora dan
fauna yang terdapat di dalam hutan. Aktiviti ini juga turut menguji ketahanan mental dan fizikal kami.
8.00 malam: Kami menyalakan unggun api. Malam ini
ada aktiviti menyanyi dalam kumpulan dan mencari harta karun.
Ahad, 17 Mei 2009
8.00 pagi: Kami mengemaskan khemah dan
membersihkan kawasan perkhemahan secara gotong-royong
10.00 pagi: Kami bertolak pulang. Pengalaman semasa perkhemahan kali ini
sangat bermakna bagi semua peserta.
Ayat-ayat gramatis yang berkaitan dengan perkhemahan
·
Tanpa disedari, saya semakin jauh ke dalam hutan.
·
Saya mencari ikhtiar.
·
Bertujuan memberikan inspirasi baharu kepda murid.
·
Meluaskan ilmu pengetahuan dengan mengenali dunia
flora.
·
Melibatkan diri dan menunjukkan sikap toleransi.
·
Dapat mempelajari sesuatu yang lain daripada
pembelajaran di sekolah.
·
Memberi peluang kepada ahli pengakap mengamalkan
sesuatu yang telah dipelajari di sekolah.
·
Melahirkan murid yang cemerlang, berani, berdisiplin,
berkeyakinan dan berbudi pekerti.
No comments:
Post a Comment