Search This Blog

Sunday, December 9, 2012

Latihan Membina Ayat Bahagian A Penulisan BM 3


MEMBINA DAN MENULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP BERDASARKAN GAMBAR.

BAHAGIAN A (TEMA KELUARGA)
Tulis lima ayat yan lengkap berdasarkan aktiviti-akiviti di bawah.


















Latihan Membina Ayat Bahagian A Penulisan BM 2


MEMBINA DAN MENULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP BERDASARKAN GAMBAR.

BAHAGIAN A (TEMA MASYARAKAT)
Tulis lima ayat yan lengkap berdasarkan aktiviti-akiviti di bawah.
















Latihan Membina Ayat Bahagian A Penulisan BM 1


MEMBINA DAN MENULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP BERDASARKAN GAMBAR.

BAHAGIAN A (TEMA SEKOLAH)
Tulis lima ayat yan lengkap berdasarkan aktiviti-akiviti di bawah.















Saturday, December 8, 2012

Cubalah 10 Perkataan Sehari

Nota Penting BM 5

Cubalah 10 Perkataan Sehari

Nota Penting BM 4

Cubalah 10 Perkataan Sehari

Nota Penting BM 3

Cubalah 10 Perkataan Sehari

Nota Penting BM 2

Cubalah 10 Perkataan Sehari

Nota Penting BM

Model Karangan 3


Kamu telah menyertai aktiviti perkhemahan di seuah hutan selama dua hari. Tulis catatan tentang perkhemahan yang kamu sertai itu.

Sabtu, 16 Mei 2009
8.00 pagi:                Semua murid berkumpul di dewan sekolah. Cikgu Hayati telah mengambil kedatangan kami sebelum berangkat menaiki bas ke destinasi.

10.00 pagi:               Sebaik sahaja tiba di kawasan yang ditetapkan, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kami ditugaskan memasang khemah, membuat unggun api, mengambil air dan memasak makanan untuk antapan tengah hari.

12.30 tengah hari:   Kami makan bersama-sama dengan lauk ikan goreng dan sayur yang dimasak sendiri. Selepas itu, kami pun berehat di dalam khemah masing-masing.

3.00 petang:             Kami menjalani aktiviti meredah kawasan hutan. Kami perlu berhati-hati kerana terdapat banyak halangan dalam perjalanan tersebut. Aktiviti ini memberi banyak pengetahuan tentang flora dan fauna yang terdapat di dalam hutan. Aktiviti ini juga turut menguji ketahanan mental dan fizikal kami.

8.00 malam:             Kami menyalakan unggun api. Malam ini ada aktiviti menyanyi dalam kumpulan dan mencari harta karun.

Ahad, 17 Mei 2009
8.00 pagi:                 Kami mengemaskan khemah dan membersihkan kawasan perkhemahan secara gotong-royong

10.00 pagi:               Kami bertolak pulang. Pengalaman semasa perkhemahan kali ini sangat bermakna bagi semua peserta.


Ayat-ayat gramatis yang berkaitan dengan perkhemahan

·         Tanpa disedari, saya semakin jauh ke dalam hutan.

·         Saya mencari ikhtiar.

·         Bertujuan memberikan inspirasi baharu kepda murid.

·         Meluaskan ilmu pengetahuan dengan mengenali dunia flora.

·         Melibatkan diri dan menunjukkan sikap toleransi.

·         Dapat mempelajari sesuatu yang lain daripada pembelajaran di sekolah.

·         Memberi peluang kepada ahli pengakap mengamalkan sesuatu yang telah dipelajari di sekolah.

·         Melahirkan murid yang cemerlang, berani, berdisiplin, berkeyakinan dan berbudi pekerti.

Model Karangan 2


Di kawasan tempat tinggal kamu ada sebuah pasar malam. Perihalkan suasana di pasar malam tersebut.

            Saya tinggal di Taman Machang Manis. Setiap hari Jumaat, taman perumahan saya akan sesak dengan orang ramai kerana pada hari itu ada pasar malam.

            Sejak pukul lima petang lagi, para peniaga telah tiba di tapak pasar malam dan mula mengatur barang-barang mereka. Antara barang-barang tersebut termasuklah barang-barang dapur, buah-buahan, pakaian dan juga kuih-muih.

            Setelah barang-barang tersebut siap tersusun, para peniaga mula berteriak untuk menarik perhatian para pengunjung yang mula membanjiri pasar malam itu. Mereka menggunakan pelbagai cara seperti menawarkan harga yang murah, membuat demonstrasi barangan dan sebagainya.

            Para pelanggan yang mula datang ke pasar malam itu akan melihat-lihat barang yang hendak dibeli sambil tawar-menawar harga. Mereka akan cuba sedaya upaya membeli barangan dengan harga yang paling murah.

            Apabila malam semakin menjelang, kemeriahan pasar malam itu semakin bertambah. Dengan cahaya lampu yang samar-samar, ditambah pula dengan kebisingan suara tawar-menawar penjual dan pembeli, menjadikan suasana pasar malam itu bagaikan sebuah pesta.

            Kemeriahan pasar malam di tempat saya mula reda menjelang pukul sepuluh malam. Krtika itu, peniaga akan mula mengemaskan barang-barang mereka dan orang ramai juga mula pulang ke rumah masing-masing.

Model Karangan


Kamu telah pergi ke pasar malam bersama-sama ibu kamu. Ceritakan suasana di pasar malam itu.

Jam di tangan menunjukkan tepat pukul enam petang. Saya dan ibu kini berada di pasar malam yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman. Para peniaga begitu sibuk menyusun barang-barang jualan mereka.

            Matahari mulai terbenam. Suasana senja kini diterangi cahaya lampu yang dipasang oleh para peniaga. Kedengaran suara peniaga yang riuh-rendah menawarkan barang-barang jualan mereka.

            Orang ramai mulai membanjiri kawasan pasar malam. Kebanyakan pengunjung pasar malam ini terdiri daripada suri rumah, kanak-kanak, orang tua dan sebagainya. Mereka ke sini untuk membeli barang-barang keperluan dapur dan barang keperluan lain.

           Pelbagai barang dijual di pasar malam seperti makanan, minuman, pakaian, sayur-sayuran dan sebagainya. Barang-barang permainan kanak-kanak turut dijual di sini. Beberapa orang kanak-kanak kelihatan sedang menangis kerana tidak mendapat barang yang dikehendaki oleh mereka.

            Ada juga beberapa orang buta mencari rezeki di pasar malam dengan bermain alat-alat muzik. Saya turut menyumbangkan wang sebanyak satu ringgit kepada mereka. Selepas membeli barang-barang keperluan, kami pun ke gerai laksa untuk mengisi perut.

            Pasar malam mulai lengang pada pukul sepuluh malam. Kami sempat membeli sedikit buah dan makanan untuk dibawa pulang.